Hidup bukan tentang aku
Apa guna hidup jika setakat hidup
untung jika kita mula berfikir atas dasar apa kita hidup
bukan ingin mencari pujian dan bermegah dengan sanjungan manusia
hingga akhirnya kita sedar..segalanya tak ke mana.
jarum saat sentiasa berdetak tanpa henti
alunan azan berkumandang silih berganti di dunia
namun, ingatan apa yang menjadikan kita tidak terus terpana
terpana dengan perhiasan dunia
dunia yang pendek umurnya
dunia yang bakal kita tinggalkan sekejap je lagi
mudah kata bangkit
tapi hati beralun hiburan duniawi
bila saat yang sesuai untuk berubah?
sedangkan otot hati masih lagi lemah
bangkit kita bukan untuk diri kita
tapi simpati yang hadir
hadir untuk samasama pimpin tangan
agar samasama dapat berjumpa semula di sana
kampung abadi yang tidak dapat digambarkan oleh mata fizikal
kisah israk mikraj Nabi Kesayangan kita diperlihatkan dengan keindahan di Syurga
yang tidah terungkap oleh kita yang hanya diperlihatkan keindahan "di dunia' ini sahaja
tak terjangkau dek akal
tak tergapai dek fikiran
Milik Dia segala sesuatu.
Coretan Chemas
9 November 2020
2232

Comments
Post a Comment