MERUANG? Tips khusus untuk wanita. WAJIB TAHUUUUU!!!
Meruang Cik Bunga? tak ramai yang tahu,terutamanya anak-anak remaja zaman sekarang.
Maksud Meruang Cik bunga
Meruang cik bunga adalah proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam cik bunga dengan menggunakan jari telunjuk. Bagi sesiapa yang belum pernah buat mungkin terasa ngilukan?, tak mengapa lama-lama kita akan terbiasa.
Sekiranya masih anak dara,cukuplah sekadar meruang hingga ruas 1 sahaja, bagi yang dah berkahwin meruang hingga ruas 3.
Bila perlu meruang?
meruang perlu dilakukan setiap kali selepas berhadas besar iaitu selepas haid,nifas @ selepas bersama dengan suami.
Jika kita mengamalkan amalan pantang tradisional,bidan-bidan kampung sangat menitik beratkan penjagaan cik bunga seperti bertangas dan meruang. Tujuannya adalah:
1. mengelakkan cik bunga berbau yang tidak menyenangkan akibat darah nifas
2. mencegah masalah keputihan
3. mencegah penyakit kelamin
4. memantapkan rahim selepas melahirkan
Insya allah jika diamalkan dapat memelihara kesihatan rahim.
nak meruang ada cara dan bagaimana posisi badan kita supaya tidak menyakitkan.
Posisi Meruang
1. Duduk di atas mangkuk tandas 2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah 3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas mangkuk tandas
Cara Meruang
1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan.
2. Masukkan jari sedalam mungkin sambil rehatkan peha, perut dan ari-ari.
3. Korek disekeliling dinding dalam cik bunga dan sekitar kelopaknya 😅. Kita akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar
keputihan, lebihan darah atau sisa mani. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud cik bunga anda memuaskan. Jika cik bunga anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak,maksudnya cik bunga sudah longgar. Meruang juga boleh membantu kita untuk memeriksa samaada darah haid atau nifas dah kering atau belum.
Semoga bermanfaat, pastikan cik bunga kita sentiasa segar dan wangi,
Anda juga boleh amalkan AMOORA BIDADARI utk pastikan cik bunga anda sentiasa mendapat nutirisi dan vitamin yg cukup 💖
Vitamin yg cukup, cik bunga pasti mekar mewangiii di taman syurga 🌷🌷
Jomm folo rerapattt banyak tips WANITA chemas nak share. SayangWANITA
Info dari mamiamoora. Mekasih mamisayang

Comments
Post a Comment